Thursday, September 29, 2022

SKM-PPT (Sijil Kemahiran Malaysia secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu)

 

    SKM-PP


SKM-PPT – satu kaedah memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu        yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard            Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman        dan pencapaian terdahulu yang dimiliki secara Pengiktirafan Pencapaian             Terdahulu (PPT). Boleh baca PANDUAN PELAKSANAAN PENSIJILAN                KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN                        PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)


Siapa Yang Layak Diberi Pengiktirafan SKM-PPT?

Semua pekerja industri dari sektor perkhidmatan dan pembuatan yang memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan. Pekerja industri yang layak akan dianugerahkan Sijil sehingga tahap tertinggi mengikut bidang masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).

Siapa Yang Boleh Memohon?

Permohonan adalah dibuka kepada semua bidang yang tersenarai di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS)




Apakah Faedah Yang Boleh Diperolehi?

Faedah Kepada Individu

  • Berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri;
  • Penganugerahan SKM-PPT dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas / latihan / menduduki ujian); dan
  • Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya.

Faedah Kepada Majikan

  • Meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat;
  • Menjimatkan kos bagi tujuan latihan dan persijilan pekerja; dan
  • Meningkatkan imej syarikat 

Faedah Kepada Negara

  • Meningkatkan bilangan tenaga mahir yang berkelayakan;
  • Menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga mahir negara;
  • Meningkatkan imej negara di mata dunia dari segi perkhidmatan dan produk yang dihasilkan; dan
  • Menjadi tarikan pelabur asing melabur di negara



PERLUKAN BANTUAN?

PERLUKAN BANTUAN??




UNTUK YANG BERMINAT ATAU SEBARANG PERTANYAAN/KETERANGAN,  BOLEH KLIK LINK DIBAWAH :




DE'QASEH BEAUTY & SPA
NO 21, LENGKOK CEMPAKA 1,
BANDAR AMANJAYA, 
SUNGAI PETANI, KEDAH
           





No comments:

Post a Comment

DE QASEH BEAUTY SPA Page