Monday, September 21, 2015

TANGAS UNTUK KESIHATAN DALAMAN


Pada zaman sekarang ramai yang tidak mengetahui apa itu BERTANGAS dan kebaikan serta kelebihannya apabila diamalkan secara rutin. Rawatan TANGAS ini sememangnya begitu popular pada zaman dahulu kerana ianya amat mudah dan memberi impak yang maksimum kepada pengamalnya. Namun cara dan bahan-bahanya mungkin sedikit kekurangan setelah mengikut peredaran masa walaupun tujuannya sama.

Rawatan ini adalah sesuai untuk wanita dari peringkat anak dara sehinggalah dewasa kerana ia bertujuan untuk merawat penyakit keputihan, mengetatkan saluran peranakan terutamanya yang sudah bergelar ibu serta menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada alat sulit.

Tangas juga menjadi pilihan remaja terutama golongan yang mempunyai masalah keputihan, kegatalan vagina yang menyebabkan pengeluaran cecair yang berbau daripada saluran faraj.

Disebabkan pemakanan yang tidak seimbang, termasuk kurangnya penjagaan diri menyebabkan remaja perempuan mengalami masalah pada bahagian sulit. Jika tidak dirawat vagina akan mengalami alahan seperti gatal, kemerah-merahan selain bau tidak menyenangkan.




PROSES RAWATAN BERTANGAS

- Proses rawatan TANGAS secara tradisional ialah penyediaan ramuan rebusan herba dengan campuran yang telah dibersihkan seperti buah manjakini, daun limau purut, daun sirih, daun kunyit, buah pala, daun lemuni, daun mengkudu dan garam bukit.

- Setelah dibiarkan beberapa minit, wanita yang akan menjalani rawatan BERTANGAS akan duduk di atas kerusi khas berlubang supaya zat-zat campuran herba mengenai bahagian sulit mereka..

- Teknik pernafasan mengetatkan faraj akan diajar oleh terapis. Proses rawatan ini biasanya dilakukan dalam masa 20-30 minit mengikut kehendak individu dan elok dilakukan sekerap 2 kali sebulan atau seminggu sekali.

- Campuran herba-herba tersebut sebenarnya mengandungi banyak khasiat dan kelebihan tersendiri contohnya buah manjakani boleh mengetatkan saluran peranakan, daun sirih untuk menyembuhkan luka-luka kecil manakala buah pala dapat menghindarkan bau yang tidak menyenangkan pada alat sulit serta boleh memberi kesan yang maksima kepada hubungan intim suami isteri ;)



Sekarang baru kita tahu kepentingan menjaga kesihatan, kebersihan dan kecantikan sistem dalaman kita, bukan luaran je kena cantik, dalaman pun penting juga. Tidak semestinya nak tunggu kawin baru nak jaga, kena jaga dari muda ni, dari sekarang. Jadilah BERTANGAS ni sebagai amalan.


Booking @ lawati kami : De Qaseh Beauty n Spa - 019-4178843 (Fieda) /016-4460161 (Lynn)

Alamat: No 21, Tingkat 1, Lengkok Cempaka 1
              Bandar Amanjaya,
              08000 Sungai Petani, Kedah
              (Landmark : Belakang Amanjaya Mall/ Nearby Socso)

Waktu operasi: 10.00 pagi- 6.30 petang  (Rabu- Isnin)
Cuti                : Selasa








No comments:

Post a Comment

DE QASEH BEAUTY SPA Page